Wednesday, 11 May 2011

Aktiviti Gotong-Royong Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM

Pada 22 Mei 2011 ini, Skuad 7's PASP akan mengadakan aktiviti gotong-royong perdana bertempat di Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM. Aktiviti ini dijalankan untuk membersihkan sekitar kawasan PASP supaya lebih kemas dan selesa untuk staf dan pelajar menjalankan tugas-tugas mereka ketika berada di kompleks ini.

Dari aktiviti ini Skuad 7's PASP juga akan melancarkan kempen tempat kerja selamat berteraskan amalan 7's. Risalah dan poster akan ditampal di sekitar kawasan kompleks PASP untuk memberi kesedaran tentang pentingnya amalan 7's.

Melalui aktiviti ini juga kami berharap dapat merapatkan lagi perhubungan di antara staff PASP dan pelajar.


2 comments:

nak tanye....nanti kene exercise ke???bukan ke gotong-royong pon 1 exercise.....heheeee...:P

mungkin pagi tu kita akan warm up ngan poco-poco..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More