Selamat datang ke blog rasmi Skuad 7S Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM.

Objektif:Perlaksanaan Skuad 7S ini diwujudkan untuk mendidik dan menyediakan persekitaran tempat kerja yang kondusif dan selamat dalam menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti seterusnya mempertingkatkan produktiviti sejajar dalam mencapai visi dan misi Universiti Putra Malaysia.
Apa itu 7S:
1. Seiri / Sisih: Menyisih dan membuang barang yang tidak perlukan
2. Seiton / Susun: Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas
3. Seiso / Sapu: Menyapu supaya tiada habuk di lantai dan peralatan
4. Seiketsu / Seragam: Menyeragamkan kebersihan dan penyusunan supaya mudah mengamalkan Seiri-Seiton-Seiso
5. Shitsuke / Sentiasa Amal: Sentiasa berdisiplin mematuhi peraturan di tempat kerja
6. Safety / Selamat: Memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat daripada punca bahaya
7. Security / Sekuriti: Memastikan persekitaran tempat kerja sentiasa mendapat perlindungan keselamatan

Wednesday, 11 May 2011

Aktiviti Gotong-Royong Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM

Pada 22 Mei 2011 ini, Skuad 7's PASP akan mengadakan aktiviti gotong-royong perdana bertempat di Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM. Aktiviti ini dijalankan untuk membersihkan sekitar kawasan PASP supaya lebih kemas dan selesa untuk staf dan pelajar menjalankan tugas-tugas mereka ketika berada di kompleks ini.

Dari aktiviti ini Skuad 7's PASP juga akan melancarkan kempen tempat kerja selamat berteraskan amalan 7's. Risalah dan poster akan ditampal di sekitar kawasan kompleks PASP untuk memberi kesedaran tentang pentingnya amalan 7's.

Melalui aktiviti ini juga kami berharap dapat merapatkan lagi perhubungan di antara staff PASP dan pelajar.


Monday, 9 May 2011

Sesi Lawatan Skuad 7S PASP ke Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia.

Pada 26 April 2011, skuad 7s PASP telah mengadakan lawatan ke Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia untuk melihat perkembangan dan contoh perlaksanaan 5S di fakulti tersebut. Di bawah ini adalah sebahagian daripada gambar yang dirakam semasa sesi lawatan tersebut.








Thursday, 5 May 2011

Poster Tempat Kerja Selamat



Kempen Bulan tempat kerja Selamat



Squad 7′S Pusat Asasi Sains Pertanian(PASP) akan  melancarkan kempen ‘Bulan tempat kerja selamat beraplikasikan sistem 7′S’. Kempen ini adalah anjuran bersama Jawatankuasa Kesihatan & keselamatan Pekerjaan (JKKP) PASP. Kempen ini akan bermula dari 13 Mei 2011 hingga 31 Mei 2011.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More