Selamat datang ke blog rasmi Skuad 7S Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM.

Objektif:Perlaksanaan Skuad 7S ini diwujudkan untuk mendidik dan menyediakan persekitaran tempat kerja yang kondusif dan selamat dalam menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti seterusnya mempertingkatkan produktiviti sejajar dalam mencapai visi dan misi Universiti Putra Malaysia.
Apa itu 7S:
1. Seiri / Sisih: Menyisih dan membuang barang yang tidak perlukan
2. Seiton / Susun: Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas
3. Seiso / Sapu: Menyapu supaya tiada habuk di lantai dan peralatan
4. Seiketsu / Seragam: Menyeragamkan kebersihan dan penyusunan supaya mudah mengamalkan Seiri-Seiton-Seiso
5. Shitsuke / Sentiasa Amal: Sentiasa berdisiplin mematuhi peraturan di tempat kerja
6. Safety / Selamat: Memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat daripada punca bahaya
7. Security / Sekuriti: Memastikan persekitaran tempat kerja sentiasa mendapat perlindungan keselamatan

Monday, 6 June 2011

Aktivikti Gotong-Royong Perdana PASP

Pada 22 Mei yang lepas aktivikti gotong-royong perdana telah dijalankan di kompleks Pusat Asasi Sains Pertanian. Aktivikti ini telah dirasmikan oleh pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian sendiri Prof. Dr. Mahiran Basri.

Aktivikti ini telah mendapat penyertaan dari staff PASP sendiri dan juga pelajar-pelajar semester 3. Aktivikti telah dijalankan seawal pukul 8 pagi dengan dimulakan dengan senaman ringan dan ucapan dan pelancaran Bulan Tempat Kerja Selamat Beraplikasikan Sistem 7s oleh Prof. Dr. Mahiran Basri.

Aktivikti gotong-royong perdana ini telah menyerikan dan membersihkan lagi sekitar kawasan kompleks Pusat Asasi Sains Pertanian.









Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More